Thursday, August 27, 2009

pening nak buke pose ngan classmate lame...

salam sejahtera dan salam ramadhan untuk umat islam semua....
pejam celik dah masuk 6 hari kite menjalankan ibadah puasa..
so bile dah kijew ni,ade jew la invitation berbuka puasa dari ceruk mane ntah kan...sha plak nak gak majlis berbuka pose ngan classmate lame.....tapi masalahnye skarang,dorang ni sume nyer banyak songeh...dah kijew pon berkire nak bayo...bkn org lain yg makan,pewot awak jugak yang kenyang....ni kat sebelah ni sha ade letak venue die n all the details....n kalo ade papehal,juz leave me a comment n kalo penting n nak abehkan kredit,juz call@msg sha or mida kat no yg sha letak kat situ...
lagi 1,kalo xnak g,tak payah g..wat pening nak pk je sape yg nak g or tak..
pastu,kalo korang rase rindu ngan kenangan lame time study dulu,ape salahnye luangkan mase ckit untuk member2 yang dah lame tak jumpe sementara hayat dikandung badan...lagipon sekarang masing2 dah bz ngan hal kijew la,ape la...so sblom korang lagi bz n takde mase utk spent waktu walau sedikit,baik join weekend ni k....

Tuesday, August 25, 2009

eMaiL fOrward fRom mY bRother in Law...

Bagus untuk pedoman kita.Insya-Allah.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka.
Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi????? ?????? ???? ????????? : ???? ???????? ??????? ???? ?????????? ????????????
?????????? ?????? ???????? ?????? ? ???????? ?????? ??????? ?????? ??? ???? ???? ??? ??
? ???? ??????? : ????????????? ???? ???????? ?????? ? ???? ???? ?????? ???????? ?????? ?
?????? ???????? ????? ? ???? ?????? ???????? ???? ?????? ???????????? ??? ?????? ???????
????? ?????.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.Kesian si suami yang terpaksa share isteri dgn lelaki lain.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Sebenarnye fesyen busana muslimah pada hari ini tidak mengikut syariat islam yang sebenar, pandang2 dan fikir2 lah bapak2 dan ibu2 fesyen apa yg anak2 kita pakai pada hari ini.adakah mengikut ajaran Rasulullah atau Yahudi.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku

"Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

?? ??? ??? ???? ??? ????

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)Sekian

p/s 1 : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Thursday, August 20, 2009

CiNta.......


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.





Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia


Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.







Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.



Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.



Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihatcinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel danbersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.



Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.






gAmbar LawAk x lawAk sgT La.......tp bOley la

kEmpen mEmbuang sAmpah

JaLan BunTu

KeReta SoRong


Geng bAs sEkOLah

aYam bAkaR




Tuesday, August 18, 2009

cOntinue kiSah baLik kL..

pasTu kan,papa sUh isi mInyak pLak kat pEtroNas...

sempat plak die kate,dey!isi minyak full!!wah!wah! bapak aku nih..melampau nih..ingat nye aku nih minah pam minyak agaknyer...tp xpew,die gurau jEw...lalala~


sempat lagi adik sha snaP gambar..

****************************************

oLrite,belah petang plak kitorang g sHopping kAt oNe utama n Jusco kEpong...nak tau apew yg kitorang BorOng?haha..adew la ckit,tOtal kat 1k abeh dlm 1 hari..ish3....tu pOwn juz barang yat jew yg banyak..sha dpt la bodek baju n beg kat mak..hihihi

nGah pilih sELuar tOk yAt


uKur Baju yAt

aBg zAid,aLea n kAk ELLy

hoho..it's me!!

dAniA & aQeEL..

aDani sYaurah pAs minum sUsU..

sHa,yat & sHaer

pAs sHoppiNg,makan pLak kat jOhnny's

aPehAL la si aQeel tuh..

baLik kL semula..

huhu...ari ahad lepas balik kl ngan mak n papa..coz dorang nak g shopping skali kat sane..hehehe...nasib la....takyah la sha nak naik bas..hehe
otw nak balik tu,sha teringin nak minum air mangga ori..so singgah la kat gerai tepi jalan sekinchan tuh..mak poWn sempat beli buah mangga n jambu air...hehe


my mom ngah pilih buah..

adik sha,yAt pown cbuk nak pilih buah gaRk

mANgga...

jAMbu aiR...sha sUker!!

cAteRing!!!!

wahaha....
balik kampung lagi...kuikuikui...
biase lar,nak cari duit poket lebih ckit.da tengah bulan nih,
sO pandai-pandai la nak cukupkan budget sampai cukup bulan nih nye gaji..hehehe....
tApi sha sOnok jOin catering nih..dapat ilmu,
bley happy2 ngan member2 catering,kua peluh and yang Penting dpt makan free....hahaha

member sha,nur kechil yang ekot dr kl..hahaha...muntah2 lpas catering...

letih sgt + tak thn kowt kije teruk...

keadaan kat tempat masak..

adik sha, shaerfatwa yang sanggup tipu cikgu sebelom kua hostel semate-mate nak join catering..wawawa...

Cik iNa,orang kuat kami...staff permanent..ngeh3

chEf catering merangkap my mOm...luv u mwahhxx!!!

mAJLis kAhwiN jiRan dEpan uMah

bulan ni jew,3 4 kali sha balik kampung...ader jew aktiviti yang sha wat kat kampung tu...ni antara salah satu...


makcik2 ngah rewang sambil mengumpat..hikhikhik

apesal kepale akak aku ni mcm tak centre jew nih..hehe(cak!baa...)

alea wif Me

pELamin ala Garden

naik tRaiN kTm...

hurm...last week kene g interview kat gOv..mDsb..mane tak nyer,ramai gler yang d'invite tok interview...no. sha jew dah 56 dr 68 org..baper % jew tu nak dapat...tu utk 1 pOst..kalo tOk 10 Post Logik gak lagi kan...hurm...

aDer rezeki,adew la...mudah-mudahan dapat la kijew tu..heheheh

so macam org gler la sha nak b'kejar balik kampung,pastu nak ke kl balik sbb syg nak cuti kijew lame2...so ngah bosan tunggu abang IpAr gue yg tak dtg amek lagi,sha pown perasan la amek gambo s'dr..hehe.
muke dah b'minyak dah...letih pOwn Ader nih...

Thursday, August 6, 2009

wehoo..........

kembali lagi ke blog shasha...hehe
erm,dah lame rase nye tak menjenguk blog ku yang ckit lagi dah nak b'sawang bak kate kak amy di dlm blog nyer...hahaaku tak tau nak post apew kat dalam blog ni..takde citer best pown..just macam biase busy sendiri jew kat office n balik kg...paham2 jew la,kalo dah balik kg,
sumer kene boo whut...
nak tau kene buat ape balik kg minggu lepas???
~~~SABTU~~~
eden kene tolong my mummy wat makan beradab utk member die...letih tak letih la,tapi malam sabtu tu baru sampai,terus tolong mak siapkan ape yang patut...dalam kul 1 senget ckit baru masuk tdow...huh!!lega dapat baring...pastu rindu kat katil n bilik kesayangan aku tu..da lame tak berangan and landing2 kat situ...then terlena lah aku di atas katil yg empuk tu...pastu ngah syok2 tdow,tetibe mak kejutkan dr tdow...bagun!bangun!dah kul 5 pagi dah!jom tolong mak masak kat dapur..nanti tak siap plak sebelum kul 10 pagi..aku pown ape lagi,dgn mate pejam lagi,bangun la...kang wat2 tdow balik,tak pasl2 kene bebel plak..yang tak puas hati nye,aku rase baru tdow 5 minit..taw2 da subuh dah..hurm...tak puas pown tdow..takpew la,demi bonda ku,aku dapat gak siapkan lauk-pauk serta gubahan makan beradab tu...
tu pown tak abeh lagi tuh,pas zuhur,mak pesan suh kutip segale jadah pinggan kat umah pengantin tadi...sO apew lagi,aku n papa pown g la kutip..da la parking jauh,nasib aku bwk moto,bley la angkut berulang alik ke parking keta papa..kalo jalan kaki,bley slim aku agk nye..hahaha...pas balik uma,papa ckp ...
papa ~ jom g umah org depan,gejobos kenduri arwah...
(taw tak gejobos tu apew?gotong royong daa...atau pon rewang)...
sha ~ hah??sekarang kew pa?takkan camni jew?
(time tu aku juz pakai jeans n t-shirt jew)
papa ~ ala,takpew...belum kenduri lagi....nanti nak wat keje pon senang..
sha ~ ok....(papa dah ckp cmtu,aku pon on jew la..hahaha)
Ok,kat uma jiran tu aku pown wat2 la rajin,wat itu,tolong ini...xkan la nak ddk jew kan,baik tak yah dtg..(padahal badan dah letih tak ingat tuh)hihi..sampai la kul 5.15 ptg kowt...pastu aku balik uma,mak aii...lupew la plak pinggan yang aku kutip tadi blom basuh...nasib la aku ngah cuti khas.bley la direct jew wat kijew...tak yah la nak solat...aku pown wat la kije mencuci segale pinggan mangkuk n bekas ape2 ntah lagi...sampai kat kul 7 baru siap...pergh!!lega..
bley la rehat jap...luper plak,mak eden takde time tu,tengahari pas anta makanan kat umah pengantin tu lagi die dah g catering..nak kene masak tok 3 tempat...bayangkan,kesian mak aku...tapi nak wat camane,kesian kat paksu aku...g la jugak...
ok,pas siap basuh pinggan tadi kan,mak pown balik ngan abang...abang yg amek td..aku pown mengeluh la,
sha ~ alahai mak,penatnyer...
mak ~ eh,mak ni lagi penat taw...
sha ~ alamak,terkene balik...mak tu takpew,dapat duit...hahaha....
mak ~ ala nanti mak bagi la jugak kat ko....
sha ~ yes!yes!dapat upah..lalala...takdew la mak,tak yah la bg upah...tapi mak amek kan baju kat umah makcik norisah tu ea...hihihi
(tak gune punye anak,kene gak mak aku yg bayo..)
camtu la kisah ngan mak aku,malam tu plak pas maghrib,mak suh siap2 plak,nak g kenduri kat umah depan...alahai,nak kene g lagi..camtu la hidup berjiran..nak kene campur masyarakat..aku pown g la..tolong wat hidangan utk jemaah surau yang datang..jadi la..
balik jew umah,aku terus tidow..baju kurung tadi tak salin lagi tu...sampai esok pagi la aku tidow berbaju kurung...bukan nye pakai baju tidow...hahaha..dah takde makne nak tukar2 dah,yang penting kene layan letih n mate dl...zzzZZzzzZZzzzZZzzzz............
~~~AHAD~~~
bangun jew pagi tu,perkara pertama aku nak buat nak isi form kije kat gov..papa yang bagi..so isi jew la...ade rezeki,adew la..bak kate mak "layarkan tuah".pastu dlm pd ms tu sume bnda nk kene settle...nak lekat gambar kat form,nak ic fotostat mak,papa,aku,sijil2 lagi...haru d'watnye...then g la aku ke kedai utk fotostat,pastu g uma makcik plak anta lauk,mak suruh...pastu cadang nak g bno,nak amek barang kat bos lame aku..alih2 kat tengah jalan aku nye motor tetibe bunyi pelik kua...cuak gak ni..da la tiket kul 1.30.mase tu jam da kul 12...padahal ari sabtu tu baru jew ganti minyak hitam n ganti tayar...ari ahad nak cekik duit aku lagi..nasib la ade member yang sudi datang tolak motor aku tu..belting putus kate nye....hurm..nasib badan betul...ape bley wat...tu pown nasib la sempat naik bas..kalo tak lagi la haru aku agaknye...so da petang dlm kul 4suku baru sampai ktm kepong central...akak aku amek,pastu die ajak plak lagi g jusco kepong..layan jew la...sampai kul 6 lebih la gak baru kitorang balik..hahha..da malam baru tdow...isnin esok nye tahan jew la mate kat opis..hihihi...
tu la sedikit sebanyak citer aku...da takde mende nak citer la katekan..korang layan jew la ea...